Mat Kilau Catat Kutipan Jualan Tiket RM90 Juta, Pecah Rekod Avengers: Endgame!

Filem fenomena Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus mencatatkan sejarah tersendiri dengan kutipan terbaru mencecah RM90 juta sekaligus memecahkan rekod Avengers: Endgame di Malaysia.

mat kilau catat kutipan jualan tiket rm90 juta, pecah rekod avengers: endgame!

Lebih membanggakan, rekod itu berjaya dicipta hanya dalam tempoh 33 hari tayangan!

Memetik laporan portal akhbar tempatan, pengarah Syamsul berkata rekod itu telah mengangkat filem tersebut sebagai filem dengan kutipan tertinggi di negara ini.

“Dengan izin Allah, Mat Kilau raih RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan. Menjadi filem box office dengan kutipan tertinggi di Malaysia selepas Munafik 2 dan Avengers: Endgame.

“Air mata syukur, tiada kata melainkan Alhamdulillah. Saya dan seluruh team amat terharu,” katanya.

Lebih membanggakan apabila filem tempatan itu berjaya menewaskan filem Hollywood dari segi kutipan jualan tiket di panggung tempatan.

“Mengejutkan lagi bila Mat Kilau menjadi filem nombor satu dalam carta ‘box office’ mingguan untuk lima minggu berturut-turut, mengetepikan filem besar Hollywood!

“Terima kasih penonton kerana masih terus beri kepercayaan pada karya kali ini dan kesemua filem saya, sejak yang pertama hingga sekarang. Insya-Allah, moga terus diberi ilham untuk filem akan datang.

“Telah terbukti beberapa kali, karya filem Melayu masih boleh berdiri di bumi sendiri. Ini harapan baru sinema tempatan dan buat semua anak seni tanah air. Ayuh semua pengkarya filem, ayuh kita majukan industri seni Malaysia,” tambahnya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN