Masih Ingkar PKP? Silakan ke Mahkamah!

Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan.

Sepatutnya, bila dah masuk fasa ketiga ni makin ramai lah yang patuhi arahan kerajaan, tapi masih ada yang INGKAR!

masih ingkar pkp? silakan ke mahkamah!

Sampaikan denda RM1,000 untuk orang yang langgar PKP ni pun tak lut!

Serious laaa, sanggup bayar duit sebanyak tu semata-mata untuk keluar rumah dengan alasan yang tak munasabah macam nak jumpa tunang lah, nak makan dekat tempat kegemaran lah, bla bla blaa..

Disebabkan masih ramai yang degil, kerajaan semalam dah tetapkan syarat baru, mereka yang langgar arahan PKP akan dihadapkan terus ke mahkamah. 

masih ingkar pkp? silakan ke mahkamah!

Teringin sangat ke nak pergi mahkamah tu?

masih ingkar pkp? silakan ke mahkamah!

Korang tau tak betapa pentingnya PKP ni dalam kita nak memerangi jangkitan Covid-19.

Kalau rasa tak boleh nak tolong doktor, jururawat, askar dan polis untuk hentikan penularan wabak ni, cukup lah sekadar duduk di rumah dan buat perkara yang berfaedah.

masih ingkar pkp? silakan ke mahkamah!

Dah cukup senang dah tugas kita sebagai rakyat Malaysia sekarang ni kalau nak dibandingkan dengan petugas barisan hadapan.

Jangan lah tambahkan lagi beban mereka yang berpenat-lelah menjalankan tugas untuk memastikan negara bebas daripada Covid-19.

masih ingkar pkp? silakan ke mahkamah!

Korang ingat ni je, lagi ramai yang duduk rumah, lagi cepat lah PKP ni dihentikan dan kita pun sempat nak beraya dengan keluarga di kampung, InshaAllah :)

So, ingat! Jangan degil, patuhi PKP, duduk di rumah, okay!

Oleh: Izzati Amir