Masih Tunjuk Gejala Lepas Jangkitan Tanda Alami Long COVID

Secara umumnya, kebanyakan pesakit COVID-19 di Malaysia berpotensi untuk sembuh sepenuhnya. Namun masih terdapat segelintir bekas pesakit COVID-19 yang terkesan dengan komplikasi, dan ia dikenali sebagai Long COVID.

masih tunjuk gejala lepas jangkitan tanda alami long covid

Long COVID merupakan keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 masih menunjukkan tanda-tanda dan gejala-gejala selepas jangkitan COVID-19.

 

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat dua tempoh bagi Long COVID iaitu:

 

1. Ongoing Symptomatic COVID-19 iaitu tanda dan gejala selepas jangkitan COVID-19 dalam tempoh 4 minggu sehingga 12 minggu.

2. Post COVID-19 Syndrome iaitu tanda dan gejala wujud pada ketika atau selepas jangkitan COVID-19 yang berterusan melepasi 12 minggu di mana ianya tidak dapat dijelaskan oleh sebarang diagnosis lain.

 

Data menunjukkan sejumlah 2,712 pesakit Long COVID telah dirujuk dalam tempoh 4 hingga 12 minggu selepas jangkitan COVID-19 di Hospital Sungai Buloh. Daripada jumlah itu, 36.3% kes pulih sepenuhnya, 63.2% kes masih mengalami gejala berterusan dan selebihnya 0.05% kes berakhir dengan kematian. Namun semakan rekod perubatan mendapati terdapat komorbid lain yang menyumbang kepada kes-kes kematian ini seperti kanser, masalah buah pinggang, serangan jantung, jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan paru-paru.

masih tunjuk gejala lepas jangkitan tanda alami long covid

Selain itu, sebanyak 60.6% daripada 2,324 pesakit yang menjalani penilaian melepasi 12 minggu selepas jangkitan COVID-19 masih mengalami gejala berterusan, dimana kebanyakan mereka melaporkan lebih dari satu gejala. Lima gejala paling kerap dilaporkan adalah kelesuan, kesukaran bernafas ketika melakukan aktiviti, batuk, kesakitan dan kesukaran tidur nyenyak.

masih tunjuk gejala lepas jangkitan tanda alami long covid

Tambah KKM lagi, tiada rawatan khusus bagi merawat keadaan ini. Ia akan berterusan dan tempoh masa yang lama diperlukan bagi kembali ke tahap fungsi sepenuhnya. Sebagai insiatif, Program Rehabilitasi Khusus yang diketuai oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi, boleh didapati di hospital berpakar melibatkan pengendalian secara bersama oleh pasukan teras iaitu Pakar Perubatan Rehabilitasi, Pegawai Perubatan, Jurupulih Perubatan Fisioterapi, Jurupulih Perubatan Carakerja, dan jururawat. Matlamat utama program rehabilitasi dijalankan adalah untuk menangani gejala, meminimakan impak ke atas aktiviti dan fungsi harian serta mempercepatkan proses penyembuhan sepenuhnya. Sekiranya kehilangan fungsi berlaku dalam tempoh masa yang lama, teknik mengadaptasi dan penggunaan preskripsi peralatan yang sesuai akan dilakukan bagi meningkatkan kualiti hidup individu tersebut.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN