Masa Depan Twitter Tidak Jelas Selepas Pemilikan Elon Musk - Bill Gates

Bill Gates memberi amaran bahawa Elon Musk boleh menjadikan Twitter ‘lebih teruk’ selepas manusia terkaya di dunia itu berjanji untuk membeli firma media sosial tersebut pada harga AS$44 bilion (RM 192,777,200,000).

masa depan twitter tidak jelas selepas pemilikan elon musk - bill gates

Ketika bercakap di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Wall Street Journal, Gates berkata tidak jelas bagaimana Musk akan menukar Twitter jika dia mengambil alih pemilikan tersebut sambil turut mengutarakan kebimbangan berkaitan penyebaran maklumat salah di platform media sosial.

Pengasas bersama Microsoft itu mengaku bahawa rekod prestasi Musk di syarikat lain adalah mengagumkan sambil memuji kepimpinannya di Tesla dan SpaceX, sambil menambah bahawa dia percaya Musk telah melakukan kerja yang baik dalam mengatur pasukan jurutera hebat di kedua-dua syarikat itu.

“Saya agak meragui perkara itu akan berlaku kali ini, tetapi kita harus berfikiran terbuka dan tidak pernah memandang rendah pada Elon,” katanya.

sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Musk telah membayangkan beberapa cara yang mungkin akan digunakannya untuk menambah baik Twitter selain daripada mempromosikan kebebasan bersuara.

Sebagai contoh, Musk mencadangkan bahawa dia berkemungkinan akan mula mengenakan sedikit bayaran kepada perusahaan syarikat yang menggunakan platform itu.

 

Sumber: [1]