Tidak sampai 24 jam, trailer rasmi filem Black Panther: Wakanda Forever telah ditayangkan kepada umum dan mendapat sambutan sangat menggalakkan.
Melihat kepada trailer sekuel kepada filem pertama arahan Ryan Coogler dan juga tribut kepada mendiang Chadwick Boseman ini nampaknya filem ini pasti pecah panggung.
Memaparkan lebih banyak penampilan Talocan dan Namor (Tenoch Huerta), trailer ini jelas menunjukkan pertempuran antara dua negara dalam satu peperangan. Watak lain turut kelihatan dalam trailer ini seperti Riri Williams/Iron Heart (Dominique Thorne), M’Baku (Winston Duke), dan Dora Milaje.
Kelibat Black Panther hanya dapat dilihat pada akhir trailer dimana kostumnya juga nampak baharu dan tidak dapat dipastikan siapa yang memegang watak sebagai Black Panther kali ini. Namun melihat kepada beberapa poster rasmi yang dilancarkan Marvel sebelum ini, Shuri lakonan Letitia Wright tampil sebagai muka depan dan pasti beliau adalah Black Panther baharu.
Black Panther: Wakanda Forever akan ditayangkan pada pagawam utama seluruh dunia pada 11 November depan.
Sumber: Youtube Marvel