Markisa Antara Buah Yang Baik Untuk Kesihatan

markisa antara buah yang baik untuk kesihatan

Markisa atau dikenali sebagai passion fruit merupakan buah yang sukar ditemui kalau bukan musimnya. Buah markisa atau nama saintifiknya Passiflora edulis selalunya tumbuh di iklim yang panas seperti Amerika Selatan, Australia, Afrika Selatan dan India. Buah ini bukan saja sedap dimakan tetapi ia juga penuh serat dan kaya antioksidan. That’s why la ia sangat baik untuk kesihatan.

  1. Ia kaya antioksidan dan berperanan penting memastikan tubuh kekal sihat dengan mengeluarkan radikal bebas dalam badan.

 

  1. Tidak dinafikan markisah kaya dengan vitamin c yang sangat baik untuk saluran darah, tulang rawan, otot dan memberikan kolagen yang menjadikan kulit kelihatan muda. Ia dapat mengurangkan keradangan dan lindungi sel dari kerosakan.

 

  1. Markisa mengandungi banyak serat yang memastikan usus sentiasa sihat dan kita akan sentiasa rasa kenyang. Ia juga mampu menurunkan kolestrol dan risiko daripada diabetes, penyakit jantung dan sakit barah.

 

  1. Pengambilan buah markisa dapat memberi nutrient, kalsium, magnesium, fosforus dan kalium. Zat zat ini dapat membantu ginjal, saraf, otot dan juga jantung.

 

Banyak kebaikan makan buah markisa, masih belum terlambat untuk dijadikan rutin harian. Rajin rajin la kita makan pelbagai jenis buah yang sememangnya memberikan banyak manfaat kepada kita semua.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita