Terlalu banyak wang dan juga kaya-raya boleh membuatkan seseorang itu menjadi lupa diri.
Demikian menurut pengasas bersama Microsoft, Bill Gates yang juga seorang bilionair dan pernah menjadi antara individu paling kaya di dunia.
Gates yang kini manusia keenam terkaya di dunia meluangkan masa di yayasannya dengan menjawab soalan pengguna laman Reddit tentang pelbagai topik.
“Dari segi kekayaan yang amat sangat, saya fikir mereka harus membayar lebih banyak cukai dan mereka harus memberikan kekayaan (memberi derma) dari semasa ke semasa,” katanya.
Gates juga menjawab manusia boleh menjadi lupa diri apabila seseorang itu menjadi kaya dengan mudah.
Beliau kini dilihat sering mendedikasi dirinya untuk krisis iklim selain turut melabur dalam syarikat tenaga bersih dan menghadkan pelepasan gas karbon dioksida.
Sumber: Kosmo!