Acara sukan kini kembali ke gelanggang pada tahun 2021 dengan pelbagai perlawanan, pertandingan, pasukan, dan olahragawan turut hangat diperdebatkan.
Daripada berita tergempar kepada perbualan semasa, analisis perlawanan, pandangan dan pergerakan atlet, Twitter adalah tempat semua membincangkan #WhatsHappening.
Malah, Twitter telah menyaksikan sendiri pelbagai topik perbualan dicetuskan sepanjang tahun – 3.7 bilion Tweet berkaitan sukan di seluruh dunia, melangkaui rekod tertinggi pada tahun 2020 berjumlah hampir 2.7 bilion Tweets, menunjukkan peningkatan sebanyak 40% dari tahun sebelumnya.
Di Asia Tenggara, sebanyak 41.7 Tweets dari peminat bola sepak yang mengekspresikan keterujaan mereka dengan perbualan tentang info perlawanan dan pemain kegemaran mereka. Namun, hal ini bukan sebuah perkara yang luar biasa. Perbincangan mengenai Formula 1 di Asia Tenggara tidak pernah berhenti sejak musim perlumbaan bermula, dengan volum Tweet telah melebihi jumlah dari tahun 2020.
Saingan sengit dan perlumbaan yang mendebarkan menyumbang kepada kenaikan 56% tahun ke tahun dalam perbualan F1 untuk tiga suku pertama 2021.
Pada tahun 2021, rakyat Malaysia bertumpu di Twitter untuk berkongsi keterujaan mereka dalam topik sukan. Lebih daripada 18 juta Tweets berkaitan acara sukan dapat direkodkan pada tahun 2021, melangkaui tahun sebelumnya dengan 27.21% atau 14.7 juta Tweets pada tahun 20203.
Rakyat Malaysia kekal aktif membicarakan tentang acara sukan bola sepak, Olimpik, Premier League, badminton, dan Manchester United. Dalam usaha mendalami perbualan antara peminat sukan di Malaysia, terdapat beberapa peristiwa yang menjadi antara topik sorakan terkuat di Twitter. Antara topik-topik yang diperbincangkan oleh peminat sukan di Malaysia adalah berkaitan atlet popular yang menandatangani kontrak baru dan juga episod perlawanan akhir yang mendebarkan; berikut merupakan perkara yang paling banyak dibincangkan oleh peminat sukan rakyat Malaysia di Twitter.
1. Bola sepak tak akan pernah habis
Peminat sukan bola sepak menantikan acara #EURO2020 yang telah ditunda ke tahun 2021. Namun, berita gembira turut menyapa mereka tahun ini. Dalam mengharungi pelbagai rintangan, peminat bola sepak di Malaysia turut bersengkang mata demi menyaksikan kejayaan Denmark menuju ke suku akhir, pemain hebat Mbappé’s (@KMbappe) terlepas dari penalti lalu menghantar pulang pasukan Perancis, dan juga menjadi saksi kekalahan England kepada Itali di Stadium Wembley setelah memikul gelaran juara selama 55 tahun (@Azzurri_En). Tidak hairanlah #EURO2020 menjadi hashtag berkaitan sukan yang popular di Twitter Malaysia.
Belum sempat meredakan keadaan, acara bola sepak kemudian terus beralih ke musim peralihan @premierleague, yang menjadi peristiwa bersejarah dalam arena bola sepak. Selepas 12 tahun meninggalkan gelanggang, Cristiano Ronaldo membuat kemunculan mengejut ke pasukan bola sepak zaman mudanya. Hal ini membuatkan Cristiano Ronaldo (@Cristiano) dan Manchester United (@ManUtd) menjadi handle paling banyak yang berinteraksi dengan peminat di Malaysia. Dengan keterujaan yang berpusar dalam dunia bola sepak, rakyat Malaysia menjana hampir 1.7 juta Tweet bola sepak sahaja.
2. Mengejar impian di acara Olimpik, Tokyo
Pelbagai cabaran harus ditempuhi terutamanya penangguhan acara sukan yang julung kali berlaku. Namun, @Tokyo2020 dan @Olympics kekal menjadi agenda utama dalam kalendar sukan yang menjadi
tumpuan rakyat Malaysia sepanjang bulan Julai. Malaysia berjaya melayakkan 30 atlet bertanding dalam 10 acara sukan untuk acara Olimpik 2020, dengan 13 daripada mereka merupakan peserta kali pertama.
Acara Olimpik sentiasa menyatukan rakyat Malaysia di Twitter untuk menyokong atlet nasional seperti @AzizulAWANG yang telah meraih pingat gangsa dalam acara berbasikal.
Tak lupa juga pasukan #badminton acara beregu lelaki yang memenangi pingat gangsa.
Team Malaysia (@teammsia) menjadi tempat di mana rakyat Malaysia memberi sokongan kepada perwira tempatan yang bertanding dalam acara sukan terbesar di Tokyo dan mendapatkan berita terkini tentang atlet-atlet negara. Terdapat lebih dari 350,000 Tweets yang berhubung dengan @teammsia di Malaysia sepanjang tahun 2021.
3. Perlumbaan yang mendebarkan
Rakyat Malaysia juga menumpukan perhatian mereka terhadap acara perlumbaan Formula 1 sepertin#abudhabigp, #italiangp, dan #belgiangp. Antara peristiwa penting adalah apabila Max Verstappen (@Max33Verstappen) menang sebagai juara dunia pada tahun 2021.
Sementara itu, perlumbaan epik di Baku, Azerbaijan membuatkan peminat Malaysia tak senang duduk ketika pusingan akhir perlumbaan tersebut. Pesaing rapat Max Verstappen (@Max33Verstappen) dan Lewis Hamilton (@LewisHamilton) mengalami masalah teknikal dan beberapa kesilapan yang jarang berlaku. Hal ini menjatuhkan mereka dengan hanya lima pusingan lagi dan akhirnya membuka peluang kepada Sergio Pérez (@SChecoPerez) untuk memintas kedudukan. Peristiwa bersejarah ini bakal kekal dalam ingatan para peminat Formula 1.
4. Tempat berkumpulnya peminat sukan
Twitter menjadi tempat peminat sukan bersatu dan berhubung untuk berbincang tentang acara sukan yang berlaku di seluruh dunia. Dengan pelbagai ciri yang tersedia di Twitter, para pengguna boleh menikmati dan menerokai topik perbualan dengan lebih baik.
Sebagai contoh, Twitter Topics membantu peminat sukan untuk mendapatkan info berkaitan acara sukan kegemaran mereka sama ada berkaitan pasukan bola sepak, bintang badminton, mahupun peserta Olimpik.
Twitter List adalah salah satu fungsi yang sangat berguna dalam memastikan para peminat tidak terlepas Tweet daripada akaun kesukaan mereka.
Terdapat pelbagai jenis komuniti sukan di Twitter di mana setiap daripada mereka dapat berkongsi dan berhibur bersama. Oleh itu, sementara stadium, gelanggang, dan arena sukan perlahan-lahan beralih ke norma baharu, sorakan daripada peminat di Twitter tidak pernah pudar.