Manchester United Cipta Rekod, Cavani Wira!

manchester united cipta rekod, cavani wira!

Edinson Cavani muncul wira apabila jaringkan 2 gol untuk bantu Manchester United tewaskan Southampton 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Penyerang itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua dan membuat hantaran untuk membolehkan Bruno Fernandes menjaringkan gol pertama United.

Cavani menyamakan kedudukan untuk United pada minit ke-74 sebelum menjaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan untuk membantu pasukannya meraih 3 mata penuh.

United muncul pasukan pertama bangkit daripada ketinggalan untuk mencapai kemenangan di tempat lawan dalam 4 perlawanan berturut-turut dalam saingan EPL.

The Red Devils turut cipta rekod kelab apabila memenangi 8 perlawanan di tempat lawan berturut-turut dalam saingan liga.

manchester united cipta rekod, cavani wira!

Lebih manis buat United, pemain tengahnya Bruno Fernandes turut menyamai satu lagi rekod kelab tersebut apabila menjaringkan gol dalam 5 perlawanan di tempat lawan berturut-turut.

Fernandes menyamai rekod 3 bekas penyerang United yang berbuat demikian iaitu Ruud Van Nistelrooy, Robin Van Persie dan Zlatan Ibrahimovic.

Untuk rekod, Fernandes telah jaringkan 10 gol musim ini daripada 14 penampilan dalam semua kejohanan.

manchester united cipta rekod, cavani wira!

Kemenangan itu juga melonjakkan United ke tangga ke-8 liga dengan 16 mata, 5 mata di belakang pendahulu, Tottenham.

Berkelebihan 1 perlawanan, United mampu untuk perbaiki kedudukan mereka dalam liga namun perlu konsisten untuk mencipta kemenangan.

Sesuatu yang sukar dilakukan sejak Ole Gunnar Solskjaer mengendalikan pasukan ini.

Oleh: Karami Kamel

ARTIKEL BERKAITAN