Manchester United Kenduri Gol, Arsenal Pula Makin Tersungkur

Pasukan Manchester United berpesta gol awal pagi tadi selepas membelasah Southampton 9-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

manchester united kenduri gol, arsenal pula makin tersungkur

Jaringan gol itu kini menyamai rekod kemenangan terbesar EPL dan mereka kini berkongsi mata dengan pendahulu liga, Manchester City.

Bermain di stadium Old Trafford, pasukan pelawat dihukum seawal minit kedua selepas Jankewitz mendapat kad merah. Pada hujung saingan, Jan Bednarek juga dikenakan kad merah menyebabkan Southampton bermain dengan sembilan pemain.

manchester united kenduri gol, arsenal pula makin tersungkur

Jaringan terbesar 9-0 ini sama ketika mereka membelasah Ipswich pada tahun 1995 dan Leicester yang juga membelasah Southampton pada musim lalu.

Dalam saingan berbeza, Arsenal terpaksa akur dengan kekalahan keatas Wolves 1-2 selepas mereka juga beraksi dengan sembilan pemain.

Kedudukan top 10 terkini Liga Perdana Inggeris adalah seperti tertera:

manchester united kenduri gol, arsenal pula makin tersungkur

Sumber: EPL