Malaysia Tunggu Keputusan Untuk Teruskan Penggunaan Vaksin AstraZeneca

Malaysia bakal memberi kata putus berkenaan penggunaan vaksin AstraZeneca pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setelah menerima hasil daripada Agensi Perubatan Eropah (EMA).

malaysia tunggu keputusan untuk teruskan penggunaan vaksin astrazeneca

Perkara tersebut didedahkan Khairy Jamaluddin yang bertindak sebagai Menteri Penyelaras program imunisasi terbabit.

Ujarnya, “Kami akan menentukan sama ada untuk meneruskannya atau kami meneruskannya (tetapi) dengan berhati-hati.

Hal tersebut susulan penggunaan vaksin tersebut yang dikaitkan sebagai penyebab terjadinya pembekuan darah (thrombosis) di beberapa negara.

Dalam pada itu, Khairy turut menambah bahawa Malaysia masih mempunyai masa untuk membuat keputusan sekiranya ia kekal mahu menggunakan vaksin AstraZeneca atau sebaliknya memandangkan Malaysia hanya akan bekalan tersebut dari kemudahan COVAX bermula Mei ini.

Dalam perkembangan lain, kongsi Khairy, sebanyak 80% vaksin yang dibekalkan ke negara ini.

Selain itu, usaha juga perlu dipertingkatkan pada Jun sekiranya Malaysia ingin mencapai sasaran imunisasi 80% rakyat Malaysia menjelang Disember tahun ini.

 

Sumber: [1]