3,000 Dewasa Di Malaysia Disasar Lakukan Ujian Klinikal Tambahan Vaksin Dari China

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa terdapat tambahan satu (1) kajian klinikal yang melibatkan vaksin COVID-19 telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 28 Mei 2021.

3,000 dewasa di malaysia disasar lakukan ujian klinikal tambahan vaksin dari china

Kajian klinikal ini melibatkan produk SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cells), Inactivated, 5μg/0.5mL yang dikilangkan oleh pengilang Shenzhen Kangtai Biological Products Co., Ltd. dari negara China.

3,000 dewasa di malaysia disasar lakukan ujian klinikal tambahan vaksin dari china

Kajian Klinikal Fasa 3 ini akan dijalankan di lapan (8) pusat penyelidikan di Malaysia dengan sasaran peserta sebanyak 3,000 orang dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas serta dijangka akan mengambil masa selama 15 hingga 19 bulan.

 

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terlibat dalam kajian klinikal ini selain daripada Colombia, Argentina, Pakistan, Filipina dan Ukraine. Vaksin ini juga telah diluluskan oleh negara China melalui Emergency Use Approval pada 14 Mei 2021.

 

Kajian klinikal vaksin COVID-19 yang dijalankan di Malaysia dapat memberikan maklumat klinikal yang berkaitan dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin, serta maklumat berkenaan kesesuaian vaksin kepada rakyat Malaysia. Ini merupakan kelebihan yang diperlukan oleh kerajaan untuk memacu ke arah capaian sasaran imuniti kelompok (herd immunity) melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang giat dijalankan di seluruh negara.

 

Sumber: KP Kesihatan