Menurut kajian yang dilakukan satu firma antarabangsa, Insider Monkey mencatatkan, golongan wanita di Malaysia berada pada kedudukan keenam wanita tercantik di Asia dengan catatan skor 0.75 di bawah Iran yang berada di tangga ke lima dengan skor 8.0.
Manakala pada kedudukan pertama pula dengan skor 1.0 adalah Korea Selatan sebagai wanita tercantik di Asia.
Golongan wanita di Jepun dan Vietnam pula masing-masing berada di tangga ke dua dan ketiga dengan nilai skor 0.95 dan 0.9
![malaysia menduduki tempat ke-6 bagi wanita tercantik di asia](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/syok-pov-1_118.png)
“Golongan wanita dari Filipina pula berada di tangga ke empat dengan nilai skor 0.85, manakala bagi golongan wanita dari India berada di tangga ke tujuh di bawah Malaysia dengan nilai skor 0.7
“Berada dalam senarai top 20 wanita tercantik di Asia adalah Indonesia yang berada di tangga ke- 11 manakala wanita dari Laos pula berada pada tangga ke-20 dengan nilai skor 0.05,” jelas kajian tersebut.
Negara lain yang turut berada dalam senarai top 20 wanita tercantik di Asia adalah, China di tangga ke lapan, Singapura (9), Thailand (10), Hong Kong (12), Macau (13), Bhutan (14) dan Taiwan (15)
Sumber: Kosmo