Malaysia Negara Tertinggi Masalah Obesiti Di Asia Tenggara- Kajian

malaysia negara tertinggi masalah obesiti di asia tenggara- kajian

Satu dapatan kajian yang dijalankan oleh World Population Review memaparkan negara kita, Malaysia mempunyai jumlah yang tertinggi di Asia Tenggara.

Lebih 15.6 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah ini jika dibandingan dengan Brunei (14.6 peratus), Thailand (10.0 peratus) dan Indonesia (6.9 peratus).

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Komuniti, Universiti Putra Malaysia (UPM). Dr Norliza Ahmad, ada empat faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan ini.

1) pemakanan

2) aktiviti fizikal

3) persekitaran

4) genetik

Tapi permasalahan ini bukan sahaja menyerang orang dewasa apabila kanak-kanak juga penyumbang kepada penyakit ini.

Berdasarkan data yang dikeluarkan NHMS 2019, sebanyak 29.8 peratus kanak-kanak berusia antara 5 hingga 17 tahun mengalami berat badan berlebihan termasuklah obes.

Tapi, menurut rencana yang dikeluarkan oleh BERNAMA, perkara ini sangatlah menakutkan kerana trend tersebut meningkat tiga kali ganda dalam tempoh kurang satu dekad.

Sumber: BERNAMA