Malaysia Mula Catat Penurunan Kes Harian Hingga 10,000

Malaysia terus merekodkan penurunan kes harian COVID-19 selepas negara mencatatkan 10,002 kes baru semalam dengan 23,302 kes.

malaysia mula catat penurunan kes harian hingga 10,000

Daripada jumlah tersebut, 9,913 kes adalah dari kategori satu dan dua sementara 89 kes adalah kes kategori tiga, empat dan lima.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 9,904 kes adalah kes jangkitan tempatan sementara 98 lagi adalah kes import.

Selain itu, 236 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 140 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Pada ketika ini, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.86 dengan Selangor merekodkan bacaan tertinggi pada 1.03.


Sumber: [1]