Malaysia Lepasi Sasaran Sukan Komanwel!

Sukan Komanwel Birmingham melabuhkan tirainya hari ini.

 

Kontinjen Malaysia bawa balik 7 pingat emas, 8 perak dan 8 gangsa untuk duduki tangga ke-10 secara keseluruhan.

 

Lagi best, mereka berjaya lepasi sasaran 6 pingat emas yang ditetapkan sebelum ni!

 

Kira-kira sebulan sebelum Komanwel bermula, sasaran pingat emas negara terpaksa ditukar daripada 7 kepada 6 sahaja.

 

Sebabnya, perseorangan lelaki, Lee Zii Jia tarik diri daripada kejohanan itu dan bintang skuasy, S.Sivasangari terpaksa undur diri kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

 

Tapi, semua yang terjadi ni tak patahkan semangat kontinjen negara untuk lakukan yang terbaik.

 

Emas pertama negara diraih oleh Aniq Kasdan menerusi acara angkat berat kategori 55 kg lelaki.

 

malaysia lepasi sasaran sukan komanwel!

 

Tak lama lepas tu, seorang lagi atlet angkat berat, Muhammad Aznil Bidin rangkul emas bagi kategori 61 kg lelaki.

 

Seterusnya, emas ketiga hadir daripada kem badminton dalam acara berpasukan campuran.

 

Skuad badminton negara tumpaskan juara bertahan, India pada aksi final. Paduuu!

 

Pembawa jalur gemilang, Bonnie Bunyau Gustin turut cemerlang apabila raih emas ke-4 bagi acara powerlifting.

 

Atlet gimrama, Ng Joe Ee cipta sensasi apabila gondol bukan 1, tapi 2 emas dalam acara bola dan riben untuk lengkapkan sasaran 6 pingat emas kontinjen negara.

 

malaysia lepasi sasaran sukan komanwel!

 

Lebih manis, ni kali pertama Joe Ee sertai Komanwel dan mampu raih 2 emas!  Cayalah!

 

Kejayaan Malaysia tak terhenti kat situ je apabila beregu badminton wanita, Pearly Tan-M.Thinaah hadiahkan pingat emas ke-7 pada hari terakhir Sukan Komanwel.

 

malaysia lepasi sasaran sukan komanwel!

 

Selain Komanwel, ada beberapa lagi temasya sukan yang berlangsung serentak antaranya Sukan Para ASEAN di Indonesia.

 

Atlet para negara pun tak kurang hebatnya apabila raih 36 pingat emas, 20 perak dan 14 gangsa untuk duduki tangga ke-4 secara keseluruhan.

 

Tahniah buat semua atlet negara!

 

Diharapkan lebih banyak kejayaan manis menanti Malaysia dalam kejohanan lain selepas ini.

 

Malaysia Boleh!

 

Oleh Izzati Amir

ARTIKEL BERKAITAN