Malaysia Kini Punya Tambahan Vaksin Sinopharm

Vaksin COVID-19 Sinopharm kini boleh didapati di Malaysia.

malaysia kini punya tambahan vaksin sinopharm

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Duopharma, ia menjelaskan unit milik penuhnya, iaitu Duopharma (M) Sdn Bhd telah diberi kuasa sebagai pemegang pendaftaran Sinopharm dan dibenarkan menjalankan penjualan dan pengedaran vaksin itu di negara ini.

Penghantaran pertama vaksin itu telah tiba mengikut kumpulan pada September lalu dan kini tersedia secara meluas di klinik dan hospital swasta seluruh negara.

Sebagai tambahan, vaksin tersebut hanya akan diberikan kepada individu yang berusia 18 hingga 59 tahun pada ketika ini.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi vaksin COVID-19 Sinopharm untuk digunakan di Malaysia.

 

Sumber: [1]