Malaysia Duduki Tangga Ke-25 Dalam World Competitiveness Yearbook 2021

Menerusi World Competitiveness Yearbook 2021, daya saing global Malaysia dilaporkan berada pada kedudukan ke-25 daripada 64 ekonomi. Ia merupakan dua tangga maju ke atas berbanding dengan tahun lalu yang mana Malaysia menduduki tangga ke-27.

malaysia duduki tangga ke-25 dalam world competitiveness yearbook 2021

Sebagai makluman, terbitan tahunan itu dikendalikan Pusat Daya Saing Dunia, Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) yang berpangkalan di Switzerland.

Sehubungan dengan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Malaysia berada di tempat kedua dalam kalangan 190 ekonomi dari segi menguruskan permit permbinaan.

Ia adalah berdasarkan ranking ‘Ease of Doing Business 2020’ oleh Bank Dunia.

“Walaupun semua ini menunjukkan inisiatif pembaharuan yang sedang dilaksanakan, namun masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan pengawalseliaan kita cukup cekap untuk bertindak balas terhadap perubahan,” katanya semasa berucap dalam majlis pelancaran Laporan Produktiviti Negara 2021 dan Forum Produktiviti secara maya pada Rabu lalu.

 

Sumber: [1]