Malaysia Dicadangkan Sesuai Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2034

Sebuah portal akhbar dari Australia iaitu The Sydney Morning Herald telah berpendapat bahawa Malaysia layak untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 bersama negara jiran, Singapura dan negara berkenaan, Australia.

malaysia dicadangkan sesuai jadi tuan rumah piala dunia 2034

Cadangan itu timbul selepas Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menjemput negara dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC) untuk membida hak tuan rumah Piala Dunia 2034.

 

Setakat ini, hanya Arab Saudi sahaja yang mengumumkan secara rasmi mengenai cadangan untuk membida hak sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034, dalam usaha menjadikan negara itu sebagai kuasa sukan dunia.

malaysia dicadangkan sesuai jadi tuan rumah piala dunia 2034

Dalam pada itu, Australia dilihat turut berminat untuk menjadi tuan rumah kepada sukan berprestij ini, namun memerlukan negara sekitar Asia untuk menjadi tuan rumah bersama.

 

Menurut laporan itu, Malaysia dan Singapura dilihat sebagai negara yang lebih sesuai dijadikan tuan rumah bersama Piala Dunia 2034 kerana faktor keamanan dan mempunyai fasiliti sukan yang baik.

 

Antara stadium yang disebut sebagai berpotensi untuk penganjuran Piala Dunia 2034 adalah seperti Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Stadium Shah Alam yang baharu, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan Stadium Perak.

 

Untuk info, Malaysia pernah menjadi tuan rumah bersama penganjuran Piala Asia 2007 bersama Thailand, Vietnam dan Indonesia.

 

Sumber: The Sydney Morning Herald