Malaysia, buat pertama kalinya sejak 18 Disember 2020, melaporkan sifar kematian akibat COVID-19 semalam.
Perkara tersebut dikongsikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi catatannya di Twitter yang berbunyi, “Hari ini (19 Jun), buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia telah melaporkan 0 kematian akibat COVID-19.
“Peralihan berterusan kita kepada endemik telah ditentu ukur dan dipacu data. Sama-samalah kita berdoa agar ia terus membuahkan hasil,” tulis Khairy.
Sementara itu, sebanyak 1,294,225 atau 36.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara itu telah menamatkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids) setakat 19 Jun.
Sumber: [1] [2]