Malaysia Catat Lebihan Kematian Lebih Rendah Berbanding Negara Lain - KP Kesihatan

Lebihan kematian ketika wabak COVID-19 di Malaysia adalah lebih rendah berbanding kebanyakan negara, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

malaysia catat lebihan kematian lebih rendah berbanding negara lain - kp kesihatan

Jelas beliau, kajian mengenai lebihan kematian yang dijalankan Institut Kesihatan Umum Kementerian itu dibuat dengan membandingkan jumlah kematian sebelum, semasa dan selepas pandemik COVID-19.

Ia membolehkan perbandingan lebih kematian antara Malaysia dengan negara lain dari segi keberkesanan mengawal COVID-19 dan jumlah kematian dalam negara.

Lebihan kematian semasa pandemik COVID-19 adalah jumlah kematian dicatatkan dalam tempoh tersebut dan dibandingkan dengan jumlah kematian yang dijangka berdasarkan trend direkodkan sebelum pandemik COVID-19.

“Kita berjaya mencari keseimbangan antara langkah kawalan yang untuk mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dan mengelakkan terlalu banyak gangguan (sistem) kesihatan negara dan mengelakkan jumlah kematian yang melonjak,” kata beliau.

Menerusi kajian terbabit, beliau berkata KKM dapat memahami perubahan corak kematian yang membolehkan kementerian mengubah perubahan dalam sistem kesihatan dan masyarakat.

Ini sekaligus berupaya menyumbang kepada penambahbaikan untuk melaksanakan KKM bagi mengelakkan kematian seperti menambah baik sistem perkhidmatan di unit rawatan rapi di hospital.


Sumber: [1]