Malaysia Catat Kes Harian COVID-19 Tertinggi Sebanyak 11,079

Malaysia mencatatkan jumlah kes harian COVID-19 tertinggi, iaitu sebanyak 11,079 kes.

Selangor merekodkan kes terbanyak dengan 5,262, diikuti Kuala Lumpur 1,521 dan Negeri Sembilan 1,033.

Ia merupakan kes lima angka yang pernah direkodkan sejak negara dilanda pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia turut menyenaraikan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) yang terdapat di Selangor di laman Twitter rasmi mereka.

 

 

Mereka yang disahkan positif COVID-19 perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) mengikut daerah tempat tinggal masing-masing sementara CAC Stadium Melawati dikhususkan untuk pesakit COVID-19 yang tinggal di daerah Petaling.

 

Sumber: Twitter KKM