Pesakit COVID-19 Boleh Alami Gejala Lebih Teruk Jika Malas Berus Gigi

Satu kajian terbaharu menunjukkan mereka yang tidak menjaga kesihatan mulut termasuk memberus gigi boleh mengalami gejala lebih teruk jika mereka dijangkiti COVID-19.

pesakit covid-19 boleh alami gejala lebih teruk jika malas berus gigi

Berdasarkan kajian itu, pesakit COVID-19 yang turut menghidap penyakit gusi adalah 3.5 kali lebih berkemungkinan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) berbanding mereka yang tidak mengalami masalah itu.

 

Mereka yang dijangkiti ini mempunyai kemungkinan 4.5 kali lebih tinggi untuk dipasangkan alat bantuan pernafasan, dan sembilan kali lebih risiko untuk mati akibat COVID-19.

 

Secara asasnya, apabila tidak menjaga kebersihan untuk jangka masa yang lama, ia boleh membawa kepada dysbiosis, iaitu keadaan di mana bakteria dalam mulut berubah kepada agresif.

pesakit covid-19 boleh alami gejala lebih teruk jika malas berus gigi

Apabila bakteria mulut menjadi agresif, ia menjadi sebab kepada penyakit gusi, merosakkan tisu mulut dan kemudian memasuki aliran darah. Bakteria mengalir ke seluruh tubuh badan dan organ, meningkatkan keradangan dari masa ke masa dan menjadi sebab kepada pelbagai situasi kronik.

 

Malah, daripada mulut ia boleh memberi kesan buruk kepada jantung, meningkatkan tekanan darah dan memburukkan diabetes. Lebih parah, mereka yang mengalami penyakit ini dijangkiti pula wabak COVID-19.

 

Maka amatlah penting untuk kita menjaga kebersihan mulut dengan betul. Dapatkan juga pemeriksaan lanjut bagi menentukan tahap kesihatan gigi dan mulut anda.

 

Sumber: [1]