KIG Live Perkenalkan Konsert Debut ‘Malam Melankolia’ Bersama Pamungkas dan Nadhif Basalamah

KIG Live dengan bangga mempersembahkan ‘Malam Melankolia: Pamungkas & Nadhif Basalamah Live in Malaysia’, konsert yang bakal menampilkan penyanyi dari negara seberang, Pamungkas dan Nadhif Basalamah. Bakal diadakan di Zepp, KL pada 3 Mei 2024, 8.30 malam akan datang, acara ini menjanjikan persembahan yang penuh perasaan.

kig live perkenalkan konsert debut ‘malam melankolia’ bersama pamungkas dan nadhif basalamah

‘Malam Melankolia’ yang buat julung kalinya diadakan, bukan sekadar konsert; gabungan dua penyanyi pop ini bakal membuatkan para penonton merasai dan mendalami setiap komposisi berjiwa, hasil nukilan masing-masing. Dikenali dengan suara dan bakat yang mengagumkan, tidak dinafikan lagi yang mereka akan mencipta satu malam yang tak akan dilupakan buat peminat.

Pamungkas, bintang muda dalam arena muzik Indonesia, telah menawan hati peminat di seluruh dunia dengan lagu-lagu yang menyentuh jiwa dan vokal yang kuat. Dengan hit seperti ‘To the Bone’, ‘Kenangan Manis’ dan ‘One Only’, Pamungkas terus mendapat pujian atas lirik-liriknya yang introspektif dan menusuk kalbu setiap pendengar.

Turut bergabung dengan Pamungkas di atas pentas adalah Nadhif Basalamah, pemilik lagu Penjaga Hati yang tular selama beberapa bulan ini juga telah menduduki carta muzik stesen radio tempatan. Nadhif yang memiliki suara lunak dan penuh perasaan ini telah pun menambat hati para peminat di Malaysia melalui aplikasi media sosial TikTok. Dengan gabungan unik pengaruh folk dan indie-pop, Nadhif Basalamah berjanji untuk memikat penonton dengan melodi yang menyentuh dan cerita yang mengasyikkan.

Dengan kedatangan KIG Live di Malaysia, syarikat ini tetap komited kepada visinya untuk mencipta pengalaman yang menyeluruh yang dapat menyentuh hati peminat muzik di mana-mana. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap industri dan dedikasi kepada kecemerlangan, KIG Live bersedia untuk memberikan pengalaman konsert yang akan memberi impak dan menyentuh hati penonton Malaysia.

"Kami sangat teruja untuk membawa semangat kami dalam dunia hiburan secara langsung ke Malaysia dan memperkenalkan penonton kepada melodi-melodi emosional Pamungkas dan Nadhif Basalamah," kata Rendra R. Saputra, CEO KIG Live. "Konsert bersama ini, yang diberi judul 'Malam Melankolia' dengan sewajarnya, merayakan tema-tema romantis dan melankolis yang biasa ditemui dalam muzik dan lirik mereka. Peminat boleh mengharapkan sebuah malam yang sangat emosional, untuk kedua-dua artis dan penonton".

kig live perkenalkan konsert debut ‘malam melankolia’ bersama pamungkas dan nadhif basalamah

Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada acara muzik yang tak terlupakan ini. Tandakan tarikh pada 3 Mei 2024, dan sertailah kami di Zepp, KL untuk satu malam yang penuh dengan melodi yang bermakna dan persembahan yang penuh perasaan. Tiket akan mula dijual bermula 3 April 2024, pukul 12 tengah hari melalui www.kiglive.com. 

Harga tiket bermula dari RM550 (Marigold VIP), RM300 (Rose Free Standing), RM220 (Lily Free Standing), RM300 (Orchid Numbered Premium Seating), dan RM250 (Daisy Numbered Seating). Harga tidak termasuk bayaran pemprosesan sebanyak RM4 dan SST. Setiap individu boleh membeli maksimum 6 tiket.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Malam Melankolia: Pamungkas & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur’, layari laman web rasmi KIG Live (www.kiglive.com) dan ikuti KIG Live Malaysia di media sosial.