Fahami 10 Maksud Status Tracking Number Pos Laju

Membeli-belah secara atas talian kini menjadi pilihan orang ramai, lagi-lagi ketika musim pandemik COVID-19 ketika ini.

 

Terdapat banyak servis penghantaran yang ditawarkan bagi menghantar barangan yang anda beli secara atas talian, salah satu daripadanya adalah melalui perkhidmatan Poslaju oleh Pos Malaysia. Pengguna akan diberikan satu nombor unik, dikenali sebagai tracking number setiap kali membeli secara online.

fahami 10 maksud status tracking number pos laju

Tracking number atau nombor penjejakan yang diberi bertujuan memudahkan untuk mengesan pergerakan barangan anda hingga sampai ke pintu rumah.

fahami 10 maksud status tracking number pos laju

Namun, ada yang masih keliru dengan terma yang digunakan, hingga menyebabkan pelanggan berasa seakan tertipu dengan barangan yang dibeli. Padahal, ia masih lagi dalam perjalanan.
 

Dah, jangan pening-pening, berikut adalah 10 maksud status tracking number Poslaju bagi parcel/barangan anda:
 

#1 “Item Posted Over The Counter”

Kaunter pejabat pos/poslaju baru sahaja terima parcel dan scan barcode tracking number.
 

#2 “Consignment received and processed from posting at Post Offices”

Data penghantaran telah diterima dan sedang diproses untuk dihantar keluar dari Post Office ke Parcel Hub Pos Laju yang paling dekat dengan rumah anda.
 

#3 “Item dispatched out”

Parcel telah dihantar keluar dari ofis pos laju.
 

#4 “Item processed”

Parcel sedang diprocess di bahagian pejabat pos (PO) atau Parcel Hub Pos Laju. Parcel kini sedang dibahagi mengikut lokasi poskod bagi memudahkan sistem atau proses penghantaran.
 

#5 “Consignment dispatch out from Transit Office”

Ketika ini, parcel anda baru sahaja memulakan proses penghantaran ke pos ofis berdekatan dengan alamat anda.
 

#6 “Arrive at delivery facility at…”

Parcel sudah tiba di destinasi yang paling dekat dengan alamat anda.
 

#7 “Item out for delivery”

Ini bermaksud parcel anda sudah pun keluar untuk membuat penghantaran ke alamat anda. Sila pastikan alamat yang anda beri adalah tepat serta pastikan juga ada orang tunggu di rumah untuk menerima parcel kerana jika tidak, barang anda akan dipulangkan semula ke pejabat pos berdekatan.
 

#8 “Item can be collected at…”

Parcel boleh diambil di Pos Laju tertera. Ini mungkin berlaku kerana sewaktu penghantaran kerana tiada sesiapa di rumah untuk mengambil barang tersebut. Anda perlu ke pejabat pos yang dinyatakan untuk menuntut sendiri barangan itu.
 

#9 “Item delivered to (Name)”

Parcel anda sudah selamat sampai.
 

#10 “Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address not available”

Parcel anda tidak dapat sampai, mungkin anda tiada di rumah ketika proses penghantaran dibuat. Bawa nota yang ditinggalkan pihak penghantar untuk menuntut barang di pejabat pos terdekat atau hubungi pejabat Poslaju untuk mengetahui keterangan lanjut berkenaan langkah seterusnya.

 

Sumber: Wanista