Semakin Ramai Sukar Untuk Hamil Menjelang 2045 – Kajian

Menjelang 2045, pakar-pakar meramalkan kebanyakan pasangan semakin sukar untuk hamil dan mendapatkan zuriat, disebabkan oleh pencemaran bahan kimia yang merosakkan kesihatan termasuklah kesuburan manusia.

semakin ramai sukar untuk hamil menjelang 2045 – kajian

Memetik laporan dari Daily Star, secara purata pada tahun 2017, tahap kesuburan lelaki Barat berkurangan lebih separuh jika dibandingkan dalam tempoh 40 tahun sebelumnya.

 

“Berdasarkan analisis penurunan sperma pada 2017, saya meramalkan menjelang 2045, kita akan menyaksikan median jumlah sperma sifar.

“Justeru, kebanyakan pasa­ngan dijangka terpaksa menggunakan kaedah persenyawaan dalam makmal (IVF) atau bantuan perubatan lain untuk hamil,”, ujar profesor alam sekitar dan kesihatan awam Sekolah Perubatan Mount Sinai di Bandar Raya New York, Shanna Swan.

semakin ramai sukar untuk hamil menjelang 2045 – kajian

Menurut Prof Swan, terdapat peningkatan jumlah kemandulan dalam kalangan generasi muda masa kini yang membuatkan masalah ini berlaku.

 

“Saya mahu berterus-terang mengenai perkara ini meskipun ramai orang tidak suka bercakap mengenainya. Ini adalah masalah pembiakan dan ia mempunyai kaitan dengan alam sekitar.

“Orang ramai sedar bahawa kita menghadapi krisis kadar kelahiran, namun mereka menyatakan ia disebabkan oleh kelewatan melahirkan anak atau pilihan gaya hidup dan enggan mengaitkannya dengan bahan kimia.

“Saya mahu masyarakat sedar bahawa bahan kimia boleh memberi kesan negatif terhadap tahap kesuburan dan menjadi penyebab utama permasalahan tersebut tanpa menafikan faktor lain,” jelasnya.

 

Antara bahan kimia berbahaya yang sering digunakan adalah seperti phthalates dan Bisphenol A (BPA) yang digunakan dalam pembuatan plastik, dimana ia boleh menggangu hormon testosteron dan estrogen sekali gus menjejaskan kesuburan.

 

Sumber: Daily Star