Menjelang tahun 2050, peratusan rakyat Korea Selatan yang enggan berkahwin dijangka meningkat, berbanding dengan tahun 2000-an.
Menurut pejabat perangkaan negara itu, angka itu jelas menunjukkan perubahan dalam komposisi isi rumah di Korea Selatan, ketika negara berkenaan bakal mempunyai kadar kesuburan paling rendah di dunia.
Pada tahun 2021, kira-kira 7.2 juta atau satu pertiga daripada isi rumah di Korea Selatan tinggal sendirian. Ia meningkat hampir 40 peratus menjelang pertengahan abad ini jika dibandingkan hanya 15.5 peratus pada tahun 2000.
Antara alasan yang diberikan golongan bujang untuk tidak berkahwin adalah faktor kewangan, jaminan pekerjaan, dan juga bebanan membesarkan anak.
Kira-kira 25 peratus daripada mereka pula berpendapat tidak menemui calon sesuai atau merasakan tidak perlu mendirikan rumah tangga di negara berkenaan.
Sumber: Kosmo!