Permintaan yang tinggi terhadap kubu pertahanan bawah tanah bagi melindungi diri daripada sebarang bentuk ancaman kini semakin meningkat di seluruh dunia.
Semakin ramai yang membeli kubu pertahanan bawah tanah atau dikenali sebagai ‘bunker’, lebih-lebih lagi ketika ancaman bom dan juga wabak penyakit termasuklah COVID-19.
Tambah pula dengan krisis antara Rusia dan Ukraine, permintaan untuk memiliki bunker yang dilengkapi dengan keperluan asas ini dilihat terus melonjak.
Ia dicipta untuk melindungi diri dan keluarga, yang mana setiap bunker dilengkapi pelbagai keperluan asas, menjadikannya serba moden dan mewah.
Misalnya, syarikat Artemis Protection yang berpangkalan di Perancis menawarkan bunker perlindungan bom yang mewah pada harga antara AS$300,000 hingga AS$500,000 (mencapai RM2.1 juta) berdasarkan keperluan dan spesifikasi. Ia mempunyai ruang tengah, dapur, tempat tidur dan bilik air.
Ujar pengasas syarikat itu, pihaknya sudah menerima sekurangnya 500 permintaan sebut harga kubu perlindungan bawah tanah dalam tempoh masa dua minggu lalu. Selain Perancis, ada juga permintaan bunker dari Finland, Sweden, Norway dan Poland yang dekat dengan sempadan Belarusia, serta dari Arab Saudi dan Qatar.
Adakah bunker akan menjadi salah satu keperluan di masa akan datang?
Sumber: [1]