Semakin Ramai Kanak-Kanak Masuk Wad Akibat COVID-19 Di Itali

Jumlah kanak-kanak yang dimasukkan ke wad akibat COVID-19 dilaporkan meningkat tiga kali ganda di Itali.

semakin ramai kanak-kanak masuk wad akibat covid-19 di itali

Jumlah itu direkodkan di wad Hospital Kanak-Kanak Bambino Gesu di Rom yang merupakan pusat pediatrik terbesar di Itali.

 

Kebanyakkan kes adalah menunjukkan simptom ringan, dengan purata 17 hingga 20 orang pesakit kanak-kanak menerima rawatan pada awal Disember 2021. Bagaimanapun jumlah itu meningkat sehingga 61 orang pesakit pada awal bulan ini.

 

Menurut Pengarah Wad Pediatrik tersebut, Alberto Villani berkata, pihaknya percaya peningkatan kes dalam kalangan kanak-kanak di negara itu adalah disebabkan peningkatan kes dalam kalangan populasi rakyat negara tersebut.

 

"Di hospital ini, kami pada asalnya menyediakan 20 katil khas untuk pesakit COVID-19, ini yang ditetapkan untuk Rom oleh wilayah Lazio.

"Hari ini, kami perlu terdapat 61 pesakit kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dan lima daripada mereka berada di unit rawatan rapi (ICU).

"Jadi, kita telah melepasi kadar yang ditetapkan. Namun kami masih boleh menampung angka ini memandangkan kami masih boleh menambah jumlah katil," kata Villani.

 

Malah beliau menambah lagi vaksinasi dapat membantu kanak-kanak termasuk orang dewasa menangani penularan virus daripada terus mengalami simptom yang lebih serius.

 

Sumber: [1]