Semakin Ramai Hidap Virus Demam Berdarah CCHF Di Iraq

Negara Iraq kini mencatatkan peningkatan mendadak dalam kes demam berdarah Crimean-Congo (CCHF).

semakin ramai hidap virus demam berdarah cchf di iraq

Setakat tahun ini, lebih 200 kes telah dikesan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan 97 kes yang disahkan dan 115 kes disyaki dilaporkan antara 1 Januari hingga 22 Mei.

.

Daripada jumlah itu, 27 orang telah meninggal dunia dengan 13 daripadanya adalah kes yang disahkan.

semakin ramai hidap virus demam berdarah cchf di iraq

Ia sekaligus lebih tinggi berbanding dengan tempoh sama pada 2021 iaitu hanya 33 kes disahkan.

.

Ekoran itu, Iraq juga telah mengeluarkan piawaian kebersihan yang lebih ketat kepada pusat penyembelihan haiwan ternakan dan mengharamkan penyembelihan ternakan di luar tempat yang ditetapkan.

.

Menurut WHO, jangkitan virus ini adalah menerusi gigitan kutu atau melalui darah dan tisu haiwan yang dijangkiti semasa dan sejurus selepas penyembelihan dengan kadar kematian boleh mencecah sehingga 40 peratus.

semakin ramai hidap virus demam berdarah cchf di iraq

Sumber: [1]