Makin Banyak Syarikat Di UK Amal Kerja 4 Hari Seminggu

Budaya kerja selama empat hari dalam seminggu kini semakin menjadi pilihan banyak syarikat di United Kingdom.

makin banyak syarikat di uk amal kerja 4 hari seminggu

Ia selepas kira-kira 100 syarikat di UK mendaftar pekerja mereka bekerja empat hari dalam seminggu tanpa pemotongan gaji.

 

Antara syarikat yang terlibat adalah Atom Bank dan syarikat pemasaran global Awin, yang masing-masing mempumyai kira-kira 450 kakitangan di UK.

 

Kempen 4 Hari Seminggu yang mula menjadi pilihan banyak syarikat tempatan dilihat dapat meningkatkan momentum dan produktiviti pekerja, meskipun kemelesetan ekonomi diramal berlaku tidak lama lagi.

 

"Sepanjang setahun setengah, kami bukan sahaja melihat peningkatan yang luar biasa dalam kesejahteraan dan kesejahteraan pekerja tetapi pada masa sama, perkhidmatan pelanggan dan perhubungan kami serta hubungan dan pengekalan bakat juga mendapat manfaat," kata CEO Awin, Adam Ross.

 

Dalam satu tinjauan yang dibuat pada September lalu, 88 peratus daripada 70 syarikat yang terlibat dalam kempen ini berkata kerja empat hari berfungsi dengan baik untuk perniagaan mereka sepanjang tempoh percubaan dibuat.

 

Malah kira-kira 95 peratus daripada syarikat yang ditinjau menunjukkan produktiviti sama ada kekal sama atau semakin baik sejak melaksanakan kempen empat hari bekerja.

 

Sumber: HMetro