Makanan Yang Perlu Dielakkan Pada Waktu Malam

Korang tahukan tak elok kalau makan selepas jam 8 malam. That’s why orang kata early dinner’ sangat digalakan. Ia baik untuk penghadaman sebelum tidur. Kalau korang terlalu sibuk sehingga terlajak waktu makan malam, its okay, make sure jangan melebihi jam 9 malam.

Jenis makanan juga perlu diambil kira, jangan makan makanan yang tinggi kolesterol atau yang mengandungi kafein untuk makan malam. Ini antara senarai makanan yang tak elok untuk dimakan pada waktu malam (dinner).

  1. Daging merah atau makanan yang berprotein tinggi

Tidak dinafikan, pengambilan protein adalah sangat baik untuk tubuh badan seseorang kerana protein mampu memperbaiki tisu tisu badan walaubagaimanapun daging merah merupakan makanan yang susah untuk dicerna. Proses pencernaan mengambil masa yang lama dan akan menggangu waktu tidur.

  1. Pizza adalah makanan yang mengandungi kardohidrat yang tinggi kerana jumlah kejunya yang sangat banyak. Ini boleh menyebabkan risiko berat badan bertambah lebih berganda. Topping sos tomato boleh menyebabkan sakit perut kerana ia mengandungi asid dan anda akan mengalami ganguan tidur pada waktu malam.
  1. Coklat tidak digalakkan untuk dimakan pada waktu malam kerana ia mengandungi kafein. As you all know’, Kafein boleh menggangu tidur. Tidur yang tidak cukup boleh menjejaskan process penurunan berat badan.
  1. Makanan pedas seperti cili padi

Pengambilan makanan pedas boleh menyebabkan pedih ulu hati lagi lagi kalau korang makan selepas jam 9pm. Pemakanan pedas dan masa yang tak sesuai, membuat perut rasa tidak selesa dan menggangu waktu tidur.

 

 

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: today.salamweb