Pernah tak korang makan rumpai laut?
Mesti pernah kan? Paling tak makan yang kering punya tu. Alah, yang selalu digunakan untuk balut sushi tu.
Rumpai laut ni mungkin masih asing lagi dekat Malaysia. Tapi sebenarnya, dekat Jepun ia dianggap biasa malah dijadikan sebagai sayur. Kalau korang nak tahu, uniknya rumpai laut ni, ia boleh menghasilkan makanan sendiri.
Rumpai laut ni sejenis algei. Dari segi biologi, ia bersifat ringkas kerana tisunya tidak membentuk sebarang orang yang nyata seperti daun atau buah. Rumpai laut ni juga sangat digemari orang timur disebabkan sifat alkalinya serta berprotein tinggi.
Kalau dekat Sabah, rumpai laut ni dipanggil Latok. Sekarang ni dah viral dekat media social. Dari segi tesktur, rumpai laut ni rangup dan kalau korang makan ia akan meletop-letop dalam mulut seperti telur ikan. Katanya, memang sedap dan segar. Ianya juga bagus untuk kecantikan kulit, penghadaman dan anti kanser.
Actually, Latok ni salah satu makanan tradisional orang Sabah. Latok juga merupakan makanan tradisional bagi suku kaum bajau laut di Sabah.
Korang dah pernah try ke?
Sumber: Rumpailautasli
Oleh: Khalie Azmi