Makan Telur Tiap Hari Bukan Punca Sakit Jantung

Pengambilan telur dalam menu makanan harian bukanlah punca kepada sakit jantung, sebaliknya menu itu boleh mengurangkan risiko kepada penyakit tersebut.

makan telur tiap hari bukan punca sakit jantung

Demikian menurut Dr Norman Mohd Norawi yang menjelaskan kebaikkan pengambilan telur boleh melawan keradangan yang menjadi salah satu punca serangan sakit jantung.

 

Katanya, telur mempunyai bahan seperti beta karotin, vitamin, mineral dan L-Arginine yang boleh menghasilkan Nitric Oxide. Bahan ini penting untuk mengekalkan keterbukaan saluran darah supaya ia sentiasa berkembang.

makan telur tiap hari bukan punca sakit jantung

Menurutnya, jika kita kurang Nitric Oxide, saluran darah akan menjadi sempit seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung.

 

Telur juga mempunyai protein dan lemak tepu yang sihat iaitu bagus untuk kesihatan jantung.

 

Berdasarkan kajian, negara yang banyak mengamalkan makan telur seperti Jepun mencatatkan kadar paling rendah penyakit jantung di dunia.

 

“Itu adalah bukti jelas bahawa makan telur bukan punca sakit jantung. Jadi kalau anda hendak jantung sihat amalkan makan telur setiap hari.

“Tidak kira berapa biji pun, saya sendiri amalkan sehingga lima biji sehari sejak 15 tahun lalu. Pemakanan sihat dan ilmu yang betul adalah penting untuk kesihatan yang terbaik,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo!