Makan Dengan Perlahan Antara Tips Elak Dari Jadi Boroi

Perut buncit selalunya berlaku disebabkan pencernaan makanan yang tidak begitu lancar.

makan dengan perlahan antara tips elak dari jadi boroi

Ini menyebabkan pengumpulan lemak dan perut mula mengeras. Tetapi jangan sangka orang yang gemuk je mengalami masalah ini, orang yang kurus juga boleh mengalami masalah yang sama.

makan dengan perlahan antara tips elak dari jadi boroi

Jangan risau, ikuti cara ini untuk menyelesaikan masalah perut boroi.

  1. Makan perlahan lahan dan kunyah makanan sehingga lumat. Kalau ikut sunnah, kena kunyah 40 kali ianya bertujuan mengelakan udara ataupun gas terperangkap di dalam usus yang membuatkan perut anda kembung.
  2. Selepas makan, jangan terus baring atau tidur, pastikan makanan dihadam lebih kurang dalam 2 jam.
  3. Disarankan pilih makanan yang rendah lemak, rendah karbohidrat, dan rendah kalori. Makan makanan yang mempunyai tinggi nilai nutrisi, serat, mineral dan vitamin.
  4. Kalau masak makanan di rumah, kurangkan kandungan garam dalam makanan. Tidak asing garam merupakan penyedap makanan tetapi ia boleh meyebabkan kandungan natrium yang tinggi dan terjadinya perut buncit.
  5. Tabiat pemakanan yang salah adalah minum air selang seli semasa makan. Sebaiknya minum air selepas makan.

.

Jom kekal sihat guys! Selamat mencuba!