Makan Gelojoh Antara Punca Kerap Buang Angin!

Jika anda seorang yang gemar untuk makan dengan gelojoh, mungkin dah sampai masa untuk anda kurangkan tabiat itu.

makan gelojoh antara punca kerap buang angin!

Ini adalah kerana terdapat kajian yang dilakukan pakar menunjukkan seseorang yang makan dengan gelojoh adalah lebih tinggi kemungkinan untuk kentut.

 

Menurut Pakar Gastroenterologi Amerika Syarikat, Dr. Michael Levitt yang mahir mengenai perut kembung berkata, setiap manusia mengeluarkan 500 hingga 2,000 mililiter gas setiap hari secara purata melalui punggung.

makan gelojoh antara punca kerap buang angin!

Salah seorang pesakit yang pernah dirawatnya sebelum ini pernah kentut sehingga 90 kali sehari dengan purata 5,520 mililiter gas setiap hari.

 

Menurut Ahli Terapi Pemakanan dan Osteopati terlatih di Stanlet Wellness Hong Kong, Maxi Schoenteich pula berkata, antara punca seseorang kerap kentut adalah intoleransi makanan seperti pengambilan makanan yang tinggi serta dan makanan yang kaya sulfur seperti brokoli dan kubis bunga.

 

“Namun, ini tidak bermakna kita tidak boleh makan makanan tersebut kerana ia mempunyai banyak manfaat kesihatan,” katanya seperti dipetik dalam South China Morning Post. 

makan gelojoh antara punca kerap buang angin!

Jelasnya lagi, mikroorganisma yang hidup dalam kolon manusia membantu memecahkan makanan yang tidak dihadam seterusnya menghasilkan buangan sendiri.

 

“Lebih banyak sisa bermakna lebih banyak kentut dihasilkan dan menjadi agak berbau.

“Gas yang mengalir adalah semula jadi dan biasanya tidak perlu dikawal.

“Ia adalah proses biologi yang berlaku kepada semua orang. Apabila kita makan dan minum, kita juga menelan sedikit udara.

“Makanan itu kemudian dicerna dan gas termasuk karbon dioksida, metana serta hidrogen terkumpul di dalam usus. Usus mengecut dan menggerakkan kandungannya termasuk gas ke arah dubur sebelum anda kentut,” katanya.

 

Selain makanan, gaya hidup dan cara makan seseorang itu didapati mempengaruhi kentut. Beliau mencadangkan agar makan dengan pelajan supaya anda dapat menelan lebih sedikit udara, minum air supaya kurang terdedah kepada sembelit yang juga menyebabkan angin terkumpul serta elakkan makanan bergas.

 

Tambahnya lagi, ada kalanya kentut boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang, khasnya keadaan usus dan perut mereka.

 

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada pakar sekiranya anda mempunyai masalah dengan sistem pencernaan anda.

 

Sumber: [1]