Australia telah mengeluarkan amaran kesihatan segera ekoran daripada penemuan bayam beracun yang menyebabkan si pemakan mengalami sakit teruk serta halusinasi.
Setakat Jumaat 16 Disember, sembilan orang dilaporkan memerlukan rawatan perubatan selepas memakan bayam Riviera Farms dari Costco.
Menurut pihak berkuasa, antara simptom yang dikesan kepada si pemakan bayam beracun ini adalah seperti kecelaruan, degupan jantung meningkat dan penglihatan kabur.
Pihak Riviera Farms pula percaya bayam itu telah dicemari oleh rumpai tetapi mengesahkan tiada produk lain yang terjejas olehnya.
Kementerian Kesihatan New South Wales telah memberi amaran mana-mana jenama paket bayam dengan tarikh luput 16 Disember adalah tidak selamat untuk di makan dan perlu dibuang. Kementerian itu juga menggesa mana-mana individu yang mengalami gejala luar biasa selepas memakan bayam supaya segera mendapatkan rawatan di hospital.
Setakat artikel ini ditulis, tiada kes kematian dilaporkan, namun tahap halusinasi yang ketara menggusarkan pakar di negara itu.
Sumber: Utusan