Majoriti Pelajar Lebih Selesa Belajar Secara Bersemuka Berbanding Online

Sebanyak 55 peratus pelajar di Asia Pasifik yang beralih kepada pembelajaran dalam talian (PdPR) disebabkan pandemik COVID-19, lebih cenderung dan selesa memilih pembelajaran secara bersemuka.

majoriti pelajar lebih selesa belajar secara bersemuka berbanding online

Ia melibatkan nisbah satu daripada dua kanak-kanak di Asia, dan nilainya masih rendah jika dibandingkan dengan rantau lain.

 

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh syarikat keselamatan siber, Kaspersky, 75% kanak-kanak di Amerika Latin cenderung memilih pembelajaran bersemuka, diikuti Afrika (73 peratus), Timur Tengah (58 peratus) dan Asia Pasifik (55 peratus).

 

Antara faktor yang membuatkan ramai pelajar tidak menggemari pembelajaran atas talian adalah disebabkan terpaksa meluangkan banyak masa di hadapan skrin (74 peratus) dan diikuti masalah teknikal (60 peratus).

majoriti pelajar lebih selesa belajar secara bersemuka berbanding online

Sementara itu, 57 peratus pelajar akui sukar memahami kandungan pembelajaran ketika sesi dalam talian berbanding secara bersemuka.

 

Antara subjek yang diakui sukar untuk belajar secara maya oleh pelajar di Asia Pasific adalah matematik (48 peratus), kimia (28 peratus), fizik (25 peratus) dan biologi (25 peratus).

 

Tambah lagi, ibu bapa di rantau ini secara majoriti tidak mahu meneruskan pembelajaran secara maya selepas berakhirnya pandemik COVID-19. Antara kebimbangan ibu bapa adalah masa yang diluangkan pelajar di hadapan skrin adalah terlalu lama (68 peratus) dan penurunan kualiti pendidikan secara umum (48 peratus).

 

Sumber: Astro AWANI

ARTIKEL BERKAITAN