Putih Mata, Majlis Perkahwinan Gah Terpaksa Dibatalkan Gara-Gara Banjir

Sebuah keluarga di Sulawesi Selatan, Indonesia terpaksa berputih mata selepas majlis resepsi perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan gara-gara bencana banjir yang melanda.

putih mata, majlis perkahwinan gah terpaksa dibatalkan gara-gara banjir

Memetik laporan Detik, paras air di lokasi majlis tersebut dikatakan telah mencecah paras peha hingga ke perut orang dewasa sehingga menyebabkan kesemua khemah, kerusi serta hiasan yang tersergam indah terpaksa dibuka semula akibat ditelenggami air.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Desa Lembang-Lembang, Kecamatan Baebunta Selatan, Kabupaten Luwu Utara pada awal minggu ini.

“Tiba-tiba air subuh (air) datang,” kata adik pengantin lelaki yang dikenali sebagai Nisa.

Menurut Nisa, lokasi majlis tersebut dilanda banjir pada sebelah malam sehingga menyebabkan pihak bertanggungjawab terpaksa membuka semula khemah tersebut.

“Khemah itu segera dibuka pada malam Rabu kerana dalam paras air begitu dalam sekali sehingga cecah paras perut,” katanya.

Tambahnya, keluarga mereka tidak sempat melaksanakan majlis resepsi tersebut. Ramai tetamu jemputan juga tidak hadir, jadi pasangan pengantin hanya bergambar bersama di rumah.

Pun begitu, kata Nisa, pasangan pengantin serta keluarga tidak kisah dengan musibah yang menimpa mereka.

“Apa boleh buat kalau Allah berkehendak begini, ya sudah kita ikhlaskan saja, dari Allah jua hujan ini turun,” katanya.


Sumber: Detik

ARTIKEL BERKAITAN