Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tampil dengan inisiatif yang kreatif iaitu parking percuma tapi bersyarat. Kalau korang jalan ke Kuantan pada 24 hingga 31 Ogos dengan memasang jalur gemilang pada kenderaan, anda akan dapat parking percuma! Tawaran ini diumumkan oleh MPK menerusi posting Facebook rasmi.
Untuk mendapatkan parkir percuma sepanjang berada di Kuantan , anda perlu meletakan jalur gemilang pada kenderaan sekurang kurangnya satu bendera berukuran minima 27cm x 14cm. Cara pemasangan juga harus mengikut seperti yang ditetapkan dalam gambar.
Kalau dah ada jalur gemilang pada kereta tidak perlu membayar sebarang kompaun. Walaubagaimanapun tawaran parking percuma ini hanya untuk tempat letak kereta bawah MPK sahaja. So apa lagi jom jalan-jalan Kuantan.
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 63.
PENGUMUMAN :PARKING PERCUMA SEMPENA MERDEKA MPK bagi parking percuma dari 24 hingga 31 Ogos sempena Minggu Kemerdekaan...
Posted by Majlis Perbandaran Kuantan on Wednesday, August 19, 2020
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: rileklah