Wuhan, China merupakan tempat pertama yang dikesan menjadi penularan wabak COVID-19, sehingga ia menjadi pandemik diseluruh dunia.
Kini selepas hampir dua tahun sejak kes pertama dilaporkan, bandar Wuhan kembali seperti biasa malah telah menganjurkan majlis konvoksyen yang dihadiri lebih 11,000 pelajar.
![lebih 11,000 pelajar hadir konvo di wuhan tatkala negara lain masih melawan covid-19](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/nintchdbpict000659300947.jpg)
Menerusi foto yang tular dapat dilihat pelajar di Wuhan berkumpul tanpa penjarakan fizikal dan juga tanpa pelitup separuh muka seperti yang sedang dilakukan oleh negara-negara lain seluruh dunia.
![lebih 11,000 pelajar hadir konvo di wuhan tatkala negara lain masih melawan covid-19](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/253820b1-246c-4328-a447-4dba64744f33.jpg)
Majlis graduasi itu dianjurkan oleh Central China Normal University baru-baru ini.
![lebih 11,000 pelajar hadir konvo di wuhan tatkala negara lain masih melawan covid-19](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/nintchdbpict000659300950.jpg)
Wuhan juga telah mengadakan konsert besar-besaran, termasuklah sambutan tahun baru, acara sukan dan pelbagai lagi aktiviti yang mengumpulkan orang ramai, sama seperti yang kita rasai sebelum pandemik COVID-19.
Sumber: The Sun