Majlis Kahwin Hyun Bin & Son Ye Jin Dikatakan Telan Belanja RM590k, Jemput 200 Tetamu

Butiran lanjut tentang perkahwinan pasangan selebriti Korea Selatan Hyun Bin, 39, dan Son Ye Jin, 40, telah tular.

majlis kahwin hyun bin & son ye jin dikatakan telan belanja rm590k, jemput 200 tetamu

Kedua-dua pelakon K-Drama, yang jatuh cinta ketika menjalani penggambaran Crash Landing On You pada 2019 itu memilih untuk menutup mulut mengenai perkahwinan mereka. 

Namun, senarai jemputan ke majlis perkahwinan itu yang bocor telah mengesahkan bahawa ia akan berlangsung pada 31 Mac di Grand Walkerhill Seoul di Aston House.

Walaupun 200 tetamu diminta merahsiakan butiran majlis perkahwinan tersebut, isteri bekas pemain bola sepak Lee Dong Gook, Lee Soo Jin bagaimanapun telah menyiarkan gambar jemputan itu pada hujung minggu lalu.

Memetik laporan Apple Daily Taiwan, tempat eksklusif dan terpencil itu mengenakan bayaran dari AS$500 (RM2,104) hingga AS$680 (RM2,862) bagi setiap tetamu dan keseluruhan perkahwinan itu dianggarkan menelan belanja NT$4 juta, iaitu sebanyak RM590,377.

Majlis yang dijangka dikawal ketat itu juga dikatakan akan menawarkan para tetamu dengan pemandangan indah Sungai Han dan Gunung Acha.

Sebelum ini, tempat sama iaitu Aston House juga pernah menjadi pilihan untuk beberapa majlis perkahwinan selebriti termasuk Bae Yong Joon dan Park Soo Jin, serta Ji Sung dan Lee Bo Young.

Senarai tetamu itu dikatakan termasuk penulis skrip Crash Landing On You, Park Ji Eun, serta rakan rapat Hyun Bin, pelakon Jang Dong Gun.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN