Macam Dalam Drama...Kisah Bayi Keluarga Kaya Yang Tertukar Dengan Keluarga Miskin

Sering kali kita terlihat kisah bayi ditukar dalam drama.

macam dalam drama...kisah bayi keluarga kaya yang tertukar dengan keluarga miskin

Tetapi ternyata, ia juga berlaku dalam kehidupan sebenar sama seperti apa yang berlaku pada seorang wanita kelahiran Arab Saudi ini.

Memetik laporan Middle East Monitor, wanita tersebut yang dilahirkan di sebuah hospital yang dikendalikan kerajaan di Mekah sebenarnya merupakan anak kepada pasangan kaya.

Tetapi dia ditukar secara tidak sengaja oleh seorang jururawat selepas dimandikan dan diberikan kepada ibu yang lain.

Rentetan daripada kejadian tidak disangka itu, wanita tersebut menjalani 35 tahun kehidupannya bersama keluarga miskin yang bukan keluarga kandungnya.

Menurut sumber, dia sendiri sudah merasakan perbezaan dengan ahli keluarganya ketika membesar, bermula dari warna kulit, perwatakan, budaya sehingga citarasa yang berbeza.

Akibat perasaan ganjil yang terus-terusan dialaminya, wanita itu kemudian mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA selepas berkahwin dengan saudara daripada keluarga bukan kandungnya itu dan melahirkan seorang anak lelaki.

Hasil ujian DNA mendapati bahawa dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan bapa kepada anaknya itu, lantas, memulakan pencarian keluarga kandungnya.

Keadaan menjadi amat memilukan apabila pemeriksaan rekod hospital mendapati ibu kandung wanita itu meninggal dunia sebelum sempat mengetahui perkara sebenar dan bersatu dengan anak kandungnya semula.

Mahkamah umum di Mekah kemudian memutuskan untuk membayar pampasan RM1,885,377 kepada wanita tersebut sebagai ganti rugi serta memutuskan bahawa ia adalah “mustahil untuk menilai skala kesakitan dan kekecewaan yang perlu ditanggung oleh ibu bapa dan wanita itu, kerana mereka telah kehilangan peluang untuk menikmati hubungan antara ibu bapa dan anak mereka”.

 

Sumber: [1]