M. Nasir Mengaku Lagu "Tiara" Dendangan BBNU Indonesia 'Rosak' Sikit

Kecoh mengenai penyanyi BBNU Indonesia yang mengolah serta menyanyikan semula lagu penyanyi lagenda tempatan, Datuk M. Nasir yang berjudul Tiara, baru-baru ini.

m. nasir mengaku lagu tiara dendangan bbnu indonesia 'rosak' sikit

Bagaimanapun, di sebalik kecaman yang dilemparkan orang ramai terhadap penyanyi muda itu, lain pula penerimaan tuan empunya badan yang menyanyikan lagu itu sendiri.

“Itu pendapat peribadi (kritikan netizen)...awak nak marah atau tidak, tapi ia berlaku dalam industri sejak dulu lagi.”

Tambah beliau lagi, ia bukanlah hal besar seperti mana yang digembar-gemburkan netizen.

“Tiada masalah (nyanyikan semula lagu-lagu penyanyi Malaysia), sebab kita (penyanyi Malaysia) pun ada buat begitu.

“Trend sekarang, zaman media sosial berbeza sedikit penerimaannya dan lain-lain halwa telinga,” kata pelantun lagu “Mentera Semerah Padi” itu.

Ditanya berkenaan perubahan susunan muzik lagu itu yang dianggap sedikit sebanyak merosakkan lagu tersebut, kata M. Nasir, “Itu ya, sedikitlah (rosakkan lagu) tapi ia tetap akan berlaku, kita tidak boleh kawal perkara itu.

“Kita kalau hendak buat sesuatu (untuk kawal) memang boleh tapi saya fikir dalam keadaan sekarang tidak perlulah,” tambahnya.

Sebelum ini, penyanyi Raffa Affar yang pernah mencipta nama menerusi lagu tular, “Cinta Sampai Mati”, dikecam ramai selepas membawakan semula lagu dendangan Kris, “Tiara”, ciptaan M. Nasir.

Menerusi satu klip video tular dari negara sebarang yang memperlihatkan Raffa menyanyikan semula lagu itu, orang ramai terutamanya peminat dari Malaysia berpendapat penyanyi muda itu tidak layak untuk menyanyikan kembali lagu berstatus ‘legenda’ ciptaan Datuk M. Nasir itu.


Sumber: [1]