Selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya membuat pengakuan baru-baru ini yang dia tidak lagi bersendirian dan sebenarnya telah berkahwin.
Bukan itu sahaja, bekas kekasih Ariel Noah itu juga mendedahkan yang dia sudah mempunyai anak hasil perkahwinan tersebut.
Memetik laporan detikHot, Luna Maya mendedahkan perkara itu ketika ditemu bual wartawan tempatan.
Pengakuan itu jelas membuatkan ramai wargamaya terkejut dan terperanjat kerana pelakon jelita berusia 38 tahun itu jarang-jarang membicarakan mengenai kehidupan peribadinya, apatah lagi berkenaan kehidupan cintanya.
“Jadi selama ini saya ada anak dan suami,” kata Luna Maya kepada TS Media.
“Ya sudah berkahwin dan ini suaminya,” tambahnya.
Tapi tunggu! Ternyata apa yang dikatakan pelakon jelita itu hanyalah cerita dalam filem terbarunya yang dibintangi Tora Sudiro, Jihan Almira dan Krisjina Baharudin yang menjadi keluarga kecilnya dalam filem terbabit.
“Ini keluarga saya,” kata Luna Maya sambil ketawa.
“Pening juga kalau Luna di sini mengaku saya suami dia, balik rumah boleh bergaduh dengan saya,” kata Tora Sudiro yang telah mempunyai empat orang anak.
Terdahulu, Luna Maya menjadi perhatian ramai wargamaya selepas memuat naik inisial yang seolah-olah memberi klu mengenai sesuatu, di Instagram peribadinya. Ia sekaligus mencetuskan perasaan ingin tahu dalam kalangan wargamaya tentang apa yang dimaksudkan pelakon jelita itu.
Selepas berpisah dengan Reino Barack, Luna Maya dikhabarkan tidak mempunyai kekasih lagi.
Sumber: [1]