Sejak akhir-akhir ini, kebanyakkan kawasan di negara ini akan mengalami hujan lebat serta ribut petir yang mana boleh menyebabkan risiko terjadinya banjir.
Berdasaran maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia, beberapa lokasi ini dilihat mempunyai risiko untuk mengalami banjir kilat jika hujan lebat/ribut petir signifikan berlaku.
Notis yang dikeluarkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) ini adalah untuk membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.
Justeru orang ramai dinasihatkan untuk patuh kepada arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.
Sumber:
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia