Musim Panas dan Kering Tiba Lagi, Lokasi Berisiko Terbakar Dikenalpasti

Bagi mengelakkan kebakaran daripada berlaku, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kini telah mengenalpasti beberapa titik panas yang berisiko berlaku kebakaran pada musim panas dan kering, yang dijangka berlaku hingga September depan.

.

Menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya juga telah bersiap siaga dengan memulakan pemantauan di kawasan yang dikenalpasti berpotensi kebakaran.

musim kemarau tiba, lokasi berisiko terbakar dikenalpasti

Antara kawasan yang dikenalpasti adalah seperti di Banting, Sepang dan Johan Setia di Selangor, di Miri dan bahagian pertengahan Sarawak selain selatan Sabah.

.

Pihak Bomba juga turut berkolaborasi bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta agensi berkaitan bagi koordinasi dari segi pengurusan bencana yang melibatkan skala besar antaranya kebakaran hutan dan kebakaran struktur.

.

Selain itu, bantuan dari penduduk tempatan juga perlu jika kawasan yang terlibat mempunyai topografi yang amat mencabar jika berlakunya kebakaran.

.

Menurut MetMalaysia, Monsun Barat Daya yang bermula Sabtu lepas akan menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakkan kawasan, sehingga pertengahan September depan.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN