Terima Banyak Aduan, Logo Baru Twitter ‘X’ Diturunkan Dari Ibu Pejabatnya

Syarikat yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, kini diberi nama semula sebagai "X," menghadapi kontroversi apabila mereka terpaksa menurunkan logo "X" dari ibu pejabat mereka di San Francisco.

terima banyak aduan, logo baru twitter ‘x’ diturunkan dari ibu pejabatnya

Laporan dari Sputnik mendedahkan bahawa papan tanda tersebut dipasang tanpa permit, menyebabkan pihak berkuasa perbandaran menurunkannya kelmarin.

 

Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco sebelum ini telah menerima pelbagai aduan, mengenai papan tanda syarikat milik Elon Musk ini.

 

Aduan-aduan ini kebanyakkannya membangkitkan kebimbangan tentang keselamatan struktur itu. Malah, ada yang mengadu cahayanya terlalu terang dan menggangu penduduk setempat.

 

 

Namun begitu, apabila pegawai pemeriksa cuba untuk memeriksa papan tanda itu, seorang wakil syarikat enggan memberi akses kepada mereka dan mendakwa ia adalah papan tanda bercahaya sementara untuk sesuatu acara. Cubaan pemeriksaan kali kedua pada hari berikutnya juga dihalang.

terima banyak aduan, logo baru twitter ‘x’ diturunkan dari ibu pejabatnya

Situasi ini menjadi semakin teruk apabila majlis perbandaran mendakwa syarikat itu bukan hanya tidak mempunyai permit, malah gagal memasang penghadang di kaki lima sebagai langkah keselamatan. Ini menunjukkan kurangnya kepedulian syarikat terhadap keselamatan orang sekeliling mereka.

 

Patrick Hannan, jurucakap Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco, memberitahu CNBC bahawa pemilik boleh dikenakan denda kerana memasang struktur bercahaya tanpa kebenaran.

 

Terdahulu, pada minggu yang sama, Elon Musk mengumumkan bahawa Twitter akan mengalami perubahan yang ketara apabila dia menukar nama platform tersebut kepada "X" dan memperkenalkan logo baru.

 

Sumber: Astro AWANI