Liza Hanim & 5 Orang Anak Positif COVID-19

Penyanyi Liza Hanim berkongsi berita suram di Instagramnya malam tadi bahawa dia dan ahli keluarganya disahkan positif COVID-19.

liza hanim & 5 orang anak positif covid-19

Pelantun lagu “Gelisah Mimpi” itu berkongsi gambar ujian antigen COVID-19 dan menulis bahawa dia dan lima anaknya positif COVID-19.

“Yang ditakuti terjadi, saya adalah sebahagian daripada statistik sekarang.

“Akak mohon doakan akak, mak akak, dan kelima-lima anak akak kembali pulih dari covid-19.”

Liza turut berkongsi tangkapan skrin daripada Instagram Story miliknya yang menunjukkan bagaimana beberapa rakannya telah membeli barangan makan sementara ahli keluarga dan dirinya menjalani pengasingan diri di rumah.

Ramai warganet turut meninggalkan komen positif dan mendoakan dirinya agar cepat sembuh sementara ada juga yang memberikan kata-kata semangat supaya dirinya kuat menghadapi dugaan tersebut.

Liza, berkahwin dengan Mohd Shahrin Mohd Samsudin dan pasangan tersebut dikurniakan lima cahaya mata.

 

Sumber: [1]