Liverpool Perlu Tekan Butang Panik?

liverpool perlu tekan butang panik?

Liverpool gagal jaringkan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris selama 7 jam dan 18 minit! Kalau kita tengok filem blockbuster Hindustan, Kuch Kuch Hota Hai untuk 2 kali berturut-turut, durasinya baru 6 jam 10 minit. Boleh la tengok lagi separuh filem tu kalau nak cukupkan 7 jam.

The Reds gagal jaringkan gol dalam saingan EPL untuk 4 perlawanan berturut-turut apabila tewas mengejut kepada Burnley 0-1 di Anfield – kemarau gol terburuk mereka dalam tempoh 20 tahun! Ia juga merupakan kekalahan ke-3 mereka musim ini selepas 19 perlawanan. Musim lalu, skuad kendalian Jurgen Klopp tamatkan saingan sebagai juara dengan jumlah kekalahan yang sama.

Kita semua tahu yang Liverpool berdepan krisis kecederaan musim ini. Namun, ianya berlaku di bahagian pertahanan. Jadi, apa punca dan masalah barisan serangan Liverpool ni sebenarnya?

liverpool perlu tekan butang panik?

Jurgen Klopp sifatkan pasukannya kurang keyakinan untuk menjaringkan gol. Keputusannya untuk meletakkan Roberto Firmino dan Mohamed Salah untuk 60 minit pertama perlawanan juga mungkin tidak membantu. Namun, berdasarkan prestasi mereka tak salah untuk Klopp menurunkan Divock Origi dan Alex Oxlade-Chamberlain dalam kesebelasan utama. Sayangnya, ia tak membuahkan hasil yang diharapkan.

Klopp juga akui anak buahnya kurang bernasib baik namun dia enggan letakkan 100% kesalahan kepada nasib. Pengurus The Reds itu sebaliknya berkata para pemain perlu bekerja lebih keras untuk perlawanan akan datang.

liverpool perlu tekan butang panik?

Kekalahan kepada Burnley ini berkemungkinan memberi impak yang besar kepada musim Liverpool. The Reds kini berada di kedudukan ke-4, 6 mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Ia juga menamatkan rekod tanpa kalah mereka di Anfield dalam saingan liga iaitu sebanyak 68 perlawanan. Kali terakhir skuad kendalian Klopp tewas di laman sendiri ialah pada April 2017 ketika tewas 1-2 kepada Crystal Palace.

liverpool perlu tekan butang panik?

Lebih memedihkan untuk Liverpool, ini merupakan kali pertama Burnley raih kemenangan di Anfield dalam saingan EPL dalam tempoh 46 tahun.

Tapi, penyokong Liverpool seharusnya tidak cepat melatah. Apa jadi pun, anda masih miliki antara pengurus terbaik dunia dan antara barisan serangan terbaik dunia. Saingan liga pun masih ada 19 perlawanan lagi dan pelbagai plot twist dijangka berlaku.

Agak-agak kalau fans rival troll lebih-lebih, janganlah teragak-agak untuk hunuskan pedang ini …

liverpool perlu tekan butang panik?

#YNWA

 

Oleh: Karami Kamel